Friday, May 8, 2009

..pedicure & reflexology

Beberapa hari yg lepas, papa call "Ada mana? lepas keje kalau xde hal, dtglah sini (hotel) kita dinner sesama".
Papa ada mesyorat & golf tournament kat Kajang Hill. Ingatkan nk gerak lepas maghrib ke sana, tapi 6.30 keje dah settle.. aku pun main redah je lah, ingat² lupe jalan nak ke situ.
Dah redah kesesakkan jalanraya yg aku paling x suka tu, akhirnya jumpa juga. Tgh call² nk tanya bilik mana, skali nampak papa&ibu tiri ku nak masuk spa bawah tu. Nak urut kaki katanya. Ingat aku nak lepak dlm bilik, tapi papa like forcing me jugak. huhuhuh.. suh temankan dia skali le tuh. Siap mention, "duduk..duduk.. papa blanjer". Ayat blanjer masa tu masih tak menarik langsung sbb aku sungguh geli kalau bab tapak kaki ni. Tapi pujuk punya pujuk (aku kan lembut hati).. at last, aku duduk jugak. Awalnya nak urut kaki je, pastu dia suggest plak suh buat pedicure. Aku iyerkan aje.. dipendekkan citer, masa pedicure best giler.. licin je tapak kaki aku skang.. elok je kuku kaki aku.. hahaha.. tapi tang urut tu, ada part2 yg sakit & geli & ada yg x rasa apa pun.. aku suka lah. nak buat lagi nanti.. kat tpt tu jugak. kena RM57 for about an hour utk pedicure & reflexology.. aku rasa worth it (nak² org yg blanjer kan?) :P
benda alah ni semua 1st aku buat tau.. tu yg memula nebes bagai nak rak.. dan skang, mcm dah addicted. Yg tukang buat tu, datang dari China. sepatah haram dia x paham. kena pakai translator. tapi dia paham kalau kita cakap sakit or geli. ekekeke... hensem weh, dah sama tarap mcm muka pelakon. yg urut bapak aku tu, muka dia so-so je .. hahaha..

Thursday, April 23, 2009

..bersawang x hengat


Lom apa2 lagi, blog aku dah start bersawang. Hahaha. Aku dah jangka dah benda nih. Mlm ni mcm terfree plak, so aku updet le. Tapi xde bahan plak nak citer..

Eh, ada lah, saje nk bitau...sem depan ni (Mei) dah kira last sem aku. Adusss, cepatnya lah masa berlalu. Ya ALLAH, semoga KAU permudahkan segala urusanku. Aminn..

Friday, March 20, 2009

..Tag : My Workstation

Buat pertama kalinya kat blog baru aku ni, aku di tag oleh cikin. Dah cikin je yg baca blog aku .. hahahaha... So, dengan rela hati aku menerima sbb kebetulan mmg ada aku amik gambar workstation aku hari tu. Oklah workstation aku, sangat secure sbb blakang aku dinding, depan plak nampak org lalu lalang n nampak bilik boss²..so, boleh ushar boss ada ke takde.. the best part is, surf lah apa pun website semahu mu.. ekekeke.. :D

**kin, nampak tak ikan laga aku dlm akuarium biru tu.. (sila pakai kanta pembesar kalau x nampak)


Saturday, March 14, 2009

..jln2 utara

Bermula lagi episod jalan2 habiskan duit aku utk musim kali ni.. yeah!! ekekeke.. this time trip ke utara, Perlis & Penang (bypassed Kedah) =P Not so habiskan duit sangat le, sbb aku jemputan khas akak aku n famili dia.. koh koh koh.. aku ngekor je, semua ditanggung beres. Tinggal kuar duit utk shopping n blanjer2 diorang makan. Mekasih pd akak n abg ipar ku (time2 mcm ni le rasa untung bila masih lagi memegang status single) :D

Lagi seminggu aku pegi baru terhegeh2 mcm penagih nak carik hotel kat sana. Dah le musim cuti skolah, sana sini call asik penuh jek. Aku pun seperti biasa, lagak seperti travel agent tak bertauliah , surf internet sana.. tanya org sini.. call sana.. book online sini... At last, dapat gak carik hotel. Kat Perlis, we all decide nk stay kat Kangar..so stay kat Putra Palace. Kalau search kat online cuti2 pun, kira putra palace ni lah yg paling fofular skalik. Kalau tanya aku, aku akan jawab rate hotel dia mahal. Sbb apa aku kata mahal? Sbb Kangar tu seperti u all sedia maklum, bukan lah bandar besau sangat kan? tapi rate dah mcm hotel tu kat bandar besau yg sedang pesat membangun ngan bangunan2 pencakar lagit. huh! lepas stay sana nanti, baru le aku boleh nak komen lelebih.. tungguuuuu.. Stay Kangar sbb kami nak ke Padang Besar. Seyesly, aku x de plan pun nak beli apa kat sana. Tapi yg aku risau, bila aku xde plan nak beli apa2.. mesti banyak benda2 mengarut aku TERbeli nanti. Harapnya, aku dapat menahan napsu di kala eco-no-money nih.. by the way, this is my 2nd time to Pdg Besaq :P

Kan Penang plak, carik punya carik.. akak aku decide nak stay kat Northam. Ni kalau rate mahal pun aku rasa ok le.. sbb kat tgh bandar (Gurney), swimming pool best.. all suites plak tuh. Akak aku n famili penah stay sana.. n aku pun penah tgk gambau diorang bergembira kat hotel tu.. tu aku tau tuh. Aku lom penah jejak pun.. Penang aku rasa (aku rasa lah), aku nk beli DVD 2,3 kepings je kot..

Oklah... nk tido, nk simpan energy utk perjalanan ke utara..

"Ya ALLAH, semoga perjalanan kami mendapat lindungan-MU. Dan mudahkan segala urusan kami. Amin"

Tuesday, March 10, 2009

..teringin

Aku teringin nak makan sardin campur kentang le skang nih..
Aduss. Tadi dah ternampak kat blog org, skali sudah teringin daaaa...

Sunday, March 1, 2009

..masih bizik

Aku still bizik ngan esaimen. Still ada 2 paper yg aku lom submit. hhuhuhuh.. by 8th, insyallah dah boleh submit. Tapi dlm bizik2 tu, aku sempat tgk konsert maulidur rasul mlm smlm. TM sponsor, so abg ipar dpt tiket VIP. Duk depan yu ols.. huhuh.. blakang barisan VIP je. Jgn sampai masuk TV dah le.. malu gue. Dpt jumpa artis kesukaan aku jugak.. i like!! Pastu siang tadi, lepas class siap boleh g karoks lagik. ekekeke.. member ajak teman dia, aku pun follow je lah. Kalau aku teman member aku ni g karoks, dia yg blanjer sbb aku bukannya pegang mic pun, semata2 jadik peneman dan tukang komen. hihi. Pastu, trus g open house (sapa kata musim raya je boleh buat open house? hihihi), aku makan macaroni & koktail. Alhamdulillah, kenyang (mekasih tuan rumah). org jemput g open house and ajak teman g karoks, x sampai hati plak nak tolak.. nk jugak enjoice dicelah2 kebizian tu ye tak? :)

Saturday, February 21, 2009

..mengecheck

Pakaian utk 2 hari 1 malam ..checked!
Toiletries ..checked!
Seset utk penjagaan muka ..checked!
Cawan plastik, sudu, pisau, chopping board, pencuci pinggan, tupperware, teh, gula ..checked!
Camera besau ..checked!
Camera kecik ..checked!
Sunglasses ..checked!
Baju mandi manda ..checked!
Sunblock ..checked!
Goggle ..checked!
bla..bla..bla..dan bla..bla..bla lagi.. semua dah checked!

** esok aku nk g PD, holiday bersama opismate (kira aku, ada 4 org). Yieehaaa !