Friday, May 8, 2009

..pedicure & reflexology

Beberapa hari yg lepas, papa call "Ada mana? lepas keje kalau xde hal, dtglah sini (hotel) kita dinner sesama".
Papa ada mesyorat & golf tournament kat Kajang Hill. Ingatkan nk gerak lepas maghrib ke sana, tapi 6.30 keje dah settle.. aku pun main redah je lah, ingat² lupe jalan nak ke situ.
Dah redah kesesakkan jalanraya yg aku paling x suka tu, akhirnya jumpa juga. Tgh call² nk tanya bilik mana, skali nampak papa&ibu tiri ku nak masuk spa bawah tu. Nak urut kaki katanya. Ingat aku nak lepak dlm bilik, tapi papa like forcing me jugak. huhuhuh.. suh temankan dia skali le tuh. Siap mention, "duduk..duduk.. papa blanjer". Ayat blanjer masa tu masih tak menarik langsung sbb aku sungguh geli kalau bab tapak kaki ni. Tapi pujuk punya pujuk (aku kan lembut hati).. at last, aku duduk jugak. Awalnya nak urut kaki je, pastu dia suggest plak suh buat pedicure. Aku iyerkan aje.. dipendekkan citer, masa pedicure best giler.. licin je tapak kaki aku skang.. elok je kuku kaki aku.. hahaha.. tapi tang urut tu, ada part2 yg sakit & geli & ada yg x rasa apa pun.. aku suka lah. nak buat lagi nanti.. kat tpt tu jugak. kena RM57 for about an hour utk pedicure & reflexology.. aku rasa worth it (nak² org yg blanjer kan?) :P
benda alah ni semua 1st aku buat tau.. tu yg memula nebes bagai nak rak.. dan skang, mcm dah addicted. Yg tukang buat tu, datang dari China. sepatah haram dia x paham. kena pakai translator. tapi dia paham kalau kita cakap sakit or geli. ekekeke... hensem weh, dah sama tarap mcm muka pelakon. yg urut bapak aku tu, muka dia so-so je .. hahaha..

Thursday, April 23, 2009

..bersawang x hengat


Lom apa2 lagi, blog aku dah start bersawang. Hahaha. Aku dah jangka dah benda nih. Mlm ni mcm terfree plak, so aku updet le. Tapi xde bahan plak nak citer..

Eh, ada lah, saje nk bitau...sem depan ni (Mei) dah kira last sem aku. Adusss, cepatnya lah masa berlalu. Ya ALLAH, semoga KAU permudahkan segala urusanku. Aminn..

Friday, March 20, 2009

..Tag : My Workstation

Buat pertama kalinya kat blog baru aku ni, aku di tag oleh cikin. Dah cikin je yg baca blog aku .. hahahaha... So, dengan rela hati aku menerima sbb kebetulan mmg ada aku amik gambar workstation aku hari tu. Oklah workstation aku, sangat secure sbb blakang aku dinding, depan plak nampak org lalu lalang n nampak bilik boss²..so, boleh ushar boss ada ke takde.. the best part is, surf lah apa pun website semahu mu.. ekekeke.. :D

**kin, nampak tak ikan laga aku dlm akuarium biru tu.. (sila pakai kanta pembesar kalau x nampak)


Saturday, March 14, 2009

..jln2 utara

Bermula lagi episod jalan2 habiskan duit aku utk musim kali ni.. yeah!! ekekeke.. this time trip ke utara, Perlis & Penang (bypassed Kedah) =P Not so habiskan duit sangat le, sbb aku jemputan khas akak aku n famili dia.. koh koh koh.. aku ngekor je, semua ditanggung beres. Tinggal kuar duit utk shopping n blanjer2 diorang makan. Mekasih pd akak n abg ipar ku (time2 mcm ni le rasa untung bila masih lagi memegang status single) :D

Lagi seminggu aku pegi baru terhegeh2 mcm penagih nak carik hotel kat sana. Dah le musim cuti skolah, sana sini call asik penuh jek. Aku pun seperti biasa, lagak seperti travel agent tak bertauliah , surf internet sana.. tanya org sini.. call sana.. book online sini... At last, dapat gak carik hotel. Kat Perlis, we all decide nk stay kat Kangar..so stay kat Putra Palace. Kalau search kat online cuti2 pun, kira putra palace ni lah yg paling fofular skalik. Kalau tanya aku, aku akan jawab rate hotel dia mahal. Sbb apa aku kata mahal? Sbb Kangar tu seperti u all sedia maklum, bukan lah bandar besau sangat kan? tapi rate dah mcm hotel tu kat bandar besau yg sedang pesat membangun ngan bangunan2 pencakar lagit. huh! lepas stay sana nanti, baru le aku boleh nak komen lelebih.. tungguuuuu.. Stay Kangar sbb kami nak ke Padang Besar. Seyesly, aku x de plan pun nak beli apa kat sana. Tapi yg aku risau, bila aku xde plan nak beli apa2.. mesti banyak benda2 mengarut aku TERbeli nanti. Harapnya, aku dapat menahan napsu di kala eco-no-money nih.. by the way, this is my 2nd time to Pdg Besaq :P

Kan Penang plak, carik punya carik.. akak aku decide nak stay kat Northam. Ni kalau rate mahal pun aku rasa ok le.. sbb kat tgh bandar (Gurney), swimming pool best.. all suites plak tuh. Akak aku n famili penah stay sana.. n aku pun penah tgk gambau diorang bergembira kat hotel tu.. tu aku tau tuh. Aku lom penah jejak pun.. Penang aku rasa (aku rasa lah), aku nk beli DVD 2,3 kepings je kot..

Oklah... nk tido, nk simpan energy utk perjalanan ke utara..

"Ya ALLAH, semoga perjalanan kami mendapat lindungan-MU. Dan mudahkan segala urusan kami. Amin"

Tuesday, March 10, 2009

..teringin

Aku teringin nak makan sardin campur kentang le skang nih..
Aduss. Tadi dah ternampak kat blog org, skali sudah teringin daaaa...

Sunday, March 1, 2009

..masih bizik

Aku still bizik ngan esaimen. Still ada 2 paper yg aku lom submit. hhuhuhuh.. by 8th, insyallah dah boleh submit. Tapi dlm bizik2 tu, aku sempat tgk konsert maulidur rasul mlm smlm. TM sponsor, so abg ipar dpt tiket VIP. Duk depan yu ols.. huhuh.. blakang barisan VIP je. Jgn sampai masuk TV dah le.. malu gue. Dpt jumpa artis kesukaan aku jugak.. i like!! Pastu siang tadi, lepas class siap boleh g karoks lagik. ekekeke.. member ajak teman dia, aku pun follow je lah. Kalau aku teman member aku ni g karoks, dia yg blanjer sbb aku bukannya pegang mic pun, semata2 jadik peneman dan tukang komen. hihi. Pastu, trus g open house (sapa kata musim raya je boleh buat open house? hihihi), aku makan macaroni & koktail. Alhamdulillah, kenyang (mekasih tuan rumah). org jemput g open house and ajak teman g karoks, x sampai hati plak nak tolak.. nk jugak enjoice dicelah2 kebizian tu ye tak? :)

Saturday, February 21, 2009

..mengecheck

Pakaian utk 2 hari 1 malam ..checked!
Toiletries ..checked!
Seset utk penjagaan muka ..checked!
Cawan plastik, sudu, pisau, chopping board, pencuci pinggan, tupperware, teh, gula ..checked!
Camera besau ..checked!
Camera kecik ..checked!
Sunglasses ..checked!
Baju mandi manda ..checked!
Sunblock ..checked!
Goggle ..checked!
bla..bla..bla..dan bla..bla..bla lagi.. semua dah checked!

** esok aku nk g PD, holiday bersama opismate (kira aku, ada 4 org). Yieehaaa !

Wednesday, February 18, 2009

..sy dicelah maskot

Skang sana sini org bercerita pasal Filem Geng. Aku dah tgk Ahad lepas kat MV. Panggung yg besar tu, penuh okeh! Masa tgh aku dok berlegar sementara tunggu akak aku amik tiket kat kiosk & sorang anak buah aku dok beli popcorn..aku ternampak 2 benda bulat kilat yg bergerak2 dan dikerumi manusia seperti semut hurung gula.


Aku panjangkan tengkuk, aik.. macam kenal. Aku g dekat sket (ramai sgt manusia woooo), lorrr.. maskot upin&ipin rupanya.. aku pun apa lagi, beria ajak lagi sorang anak buah aku n on camera amik gambar aku. ekekeke.. nampak x mcm aku yg lebih beria kat sini? huhuhuh...


Biasanya aku kalau berjalan2, aku bawak camera dlm handbag.. hari tu boleh pulak aku x bawah.. aduh! sungguh ralat rasanya.


Tapiii.. punyalah ramai org nk amik gambau ngan maskot U&I tuh, biasa le.. tgh hot. AKu pun sama sibuk, tapi x boleh amik gambar bebetul.. sbb ada je muka2 org lain.. dan mesti le aku muka aku gak kat gambar org lain tuh. koh..koh..koh..


Sedang aku membelek blog http://gengmovie.blogspot.com/, dlm bebanyak gambar yg diorang upload, ada 1 gambar tu aku nampak ada kelibat yg aku kenal sangat dicelah maskot berdua itu. Korang nampak wanita ayu (nampak 20% pun boleh kata ayu ke? ekekkek) yg memakai tudung oren, baju oren+hitam, jeans hitam & berslipar jepun kat celah mereka berdua tuh? Itu adalah AKU!! ekekeke.. aku sgt kiciwa, x nampak muka. Maka aku xdpt nak menompang glemer Upin&Ipin. Saya gembira dalam sedih..




Saturday, February 14, 2009

..buku kire-kire

ekonomi tgh meleset nih.. aku bukan main sibuk nak makan luar hehari. Asal nak ptg je, mula le tekak ni nak makan itu lah.. tekak nak makan ini lah. Adoii.. padahal last month punya gaji dah le kuar 16hb. Ni tgh jenuh nak tunggu 26hb pulak. Huhuhuh.. bukan bab sakan makan jek, siap sakan membeli belah lagi tuh. pehhhh...
so, dengan azam penuh membara di dada.. aku nak start balik ada buku kire2 (dulu2 penah buat, pastu terkandas mcm tu je sbb slalu terlupa nk bawak buku tu bila bertukar handbag). So, dpt je gaji 26hb ni, maka bermula lah episod segala perbelanjaanku akan dicatit every single cent.
Wish me luck!

Thursday, February 12, 2009

..bila

Bila Allah cepat makbulkan doamu...
Maka Dia menyayangimu...
.
Bila Allah lambat makbulkan doamu...
Maka Dia ingin mengujimu...
.
Bila Allah tidak makbulkan doamu...
Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu...
.
Oleh itu...
.
Sentiasalah bersangka baik pada Allah...
Dalam apa jua keadaan sekali pun...
Kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya...
.
.
Notakaki: Aku copypaste ayat yg bagus ni from one of the emails dlm inbox aku.. saje je nak letak kat blog. Sbb tetiba aku rasa down plak secara mendadak mlm ni.. hurmmmm...

Wednesday, February 11, 2009

..malas




Makin nak dekat abis, aku semakin malas.. adoiyaiii..

Oh semangat study.. datanglah ko merasuk badan ku.. ekekeke..

Semoga aku boleh study dan menyiapkan esaimen ngan hati yg riang gumbira.
.
.
**maybe sbb excited nak grad kot.. huhuhuh...

Monday, February 9, 2009

..owh, m2u

Tadi bila tetiba aku nak login to maybank2u, tekan enter..

You have reached the maximum number of password attempts. For security reasons, your Maybank2u.com account has been blocked. For assistance, please contact Maybank Group Customer Care at 1-300-88-6688 or 603-7844 3696 (overseas)

Aik?! baru skali aku tekan enter, dah kuar benda alah tu? pelik. takpe.. aku cuba lagi. still error yg sama. Cuba lagi skali, kompom x leh gak. huh! Adusss.. aku lom amnesia lagi le..aku ingat lagi le password m2u aku. Aku dah start pk memcm ni, sapa plak yg try nak masuk m2u aku nih? hmmm... risau..risau...
Aku call le customer care tu, pehh.. as usual, punyalah lama nk tunggu sampai dilayan. Nasib baik call pakai phone opis (ops!). Last² dpt gak bercakap ngan executivenya, dia kata "dun worry (sungguhlah menyedapkan hati kununnya).. sy akan reset password m2u, kena pegi atm.. set balik pin and bla bla.. pastu masuk m2u balik login 1st time bla bla bla dan bla bla lagik" (dialog dipasarkan, letih type ayat skema).
Menciknyaaaa... leceh dan membanyakkan keje aku. Dah le tertangguh nak transfer duit ke akaun member forum sorang nih. Nampaknya mmg kena singgah ke maybank jugak, boleh le transfer skali duit Sr* Inta* tu. Kang lelambat, cancel plak booking kami..

Thursday, February 5, 2009

..hehehe

Humor is the great thing, the saving thing. The minute it crops up, all our irritation and resentments slip away, and a sunny spirit takes their place. -Mark Twain-

Bercerita pasal humor ni, mlm smlm aku g tgk Sifu&Tongga. G ngan member jln2 carik mkn. Memula mcm takot gak nk g tgk, sbb director dia kan..slalu buat citer yg welllll.. u know kan?. Tapi memikirkan hari rabu dan tiket murah, kira ok lah kan. Plus nak tgk sbb ada apek & nabil.


Gabungan apek&nabil sungguhlah menjadi.. aku beria-ia ketawa. lawak giler, especially scene dlm balai polis. Adoiyaiii. Kira mmg ilang le tension lepas tengok tuh. Dlm keter masa balik pun, bila teringat boleh sambung ketawa. kih..kih..

Pada aku, Sifu&Tongga lawak... xtau le pulak pada korang kan :)


Tuesday, February 3, 2009

..ke PD lagi

Geng (2 org je) kat opis ajak g PD. Aku setuju je. Aku x kesah pun ke PD lagi dan lagi. kih..kih.. Tgh carik lagi sorang utk genapkan percutian 4 org. Maybe stay kat Sr* Inta*. Lom call lagi, so xtau available ke tak ujung bulan ni. Kitorang pegi ahad & isnin, hopefully tak penuh le masa tuh. Esok baru nk call selepas dpt keputusan dari sorang lagi ni, sbb kena mintak permission parentsnya (stay ngan family.. biasa le, pompuan pulak tuh *wink*). Aku dah start pikir (biasa le aku, beria).. mana nak jenjalan kat PD tu nanti sesambil amik gambar & have fun. Kena buat list ni.. memandangkan percutian kami hanya 2 hari 1 mlm je.. so, sure jadual padat. PDDDDDDD.. tunggu kamiiii.. :D


Langit Senja @ PD

Monday, February 2, 2009

..blog jln2 carik makanan

Sebenarnya aku ada cita² nak buat blog jalan² carik makan versi cik hasta. Tapi bila tgk balik koleksi gambar² makanan yg bergelimpangan dlm folder aku, mcm x banyak sangat pulak. Pastu, mcm x lengkap sbb just amik certain² makanan je. Plus gambau kedai pun xde. huhuh.. Nanti org tanya apa nama kedai? aku jawab ntah le.. :P Tapi sebenarnya, mmg aku slalu x tgk pun nama kedai. Main makan je.. So, blog ni aku campur² le sket aktiviti makan², jalan² dan apa² je lah.. kira all in 1 blog. Aku tak rajin mcm org lain buat sampai 2,3 blog ikut kategori. huhuhuhuh... Yg 1 ni pun biasanya akan terkontang kanting. Well.. ekekeke.

Hari ni aku nk tepek gambar makanan masa aku g pekana ikan bakau di muara sg duyong, melaka. Yg klakarnya, gambau ikan bakar sekeping pun xde. Tau kenapa? sbb aku dah terlalu lapar.. tunggu ikan bakar lambat sket. So, bila tangan dah comot..dan mood makan menggebu-gebu, aku malas nak basuh tangan dan terus makan dengan jayanya. Maka, tiadalah gambau ikan bakau even aku makan di tpt ikan bakau. Yg ada gambau lauk sayur campur, pepahat masak cili, udang goreng & kicap cecah.

sayur campor

kicap cicah - superb

udang goreng biasa kot
pepahat/siput buluh masak cili

Plus ada terselit 3 gambar masa aku g makan kat kedai asam pedas, kat kota laksmana. Asam pedas ikan pari, ayam paprik & sambal belacan :)


asam pedas ikan pari

sambal belacan melaka


ayam paprik
.
.
Sekian, entri yg ada gambar makanan. slurrpppppp.. ekekeke..




Saturday, January 31, 2009

..cuti lagi

Balik kelas tadi ingat nak tapau sate kat rimbu* klasi*, nk blanjer osmetos ku. Skali masa aku lalu, nampak kedai sate tu bertutup lagi. Rasanya xde lah awal sangat masa tu, dlm kul 645pm. So, aku assume toke sate still bercuti sakan. Member jln2carikmkn aku sms ajak makan. Tapi mcm xde mood nak makan luar. Aku trus je drive nk balik myhomesweethome. Byk pulak xcident masa nak balik tuh, teruk jugak. Then, ingat nak singgah beli roti john melaka kat tmn myhomesweethome tu, skali x nampak plak bayangnya. Totop jugak? adusss... mmg xde rezki lah osmetos aku mlm ni. Tau tadi, baik aku singgah pasar mlm kat Bang* je tadik. Xpe lah, next time. Tmn ni pun still sunyi, banyak kedai tutup.. sakan btul diorang ni bercuti. Tak ingat keje apa? :P

Friday, January 30, 2009

..1st post @ blogspot


Salam,
Kenapa aku tukar ke blogspot pulak nih? Barulah 'in' pakai blogspot. ekekeke... Sebenaunya kat blogdrive slalu ada problem nak update, komen, view, upload n bla bla bla. So, susah kalau aku nak update apa2 entri (cewahhhh.. mcm le aku slalu update. ekekekke). Ni kali ke-3 aku dok pindah2 blog. Update entrinya jarang, harap pindah je lebey. kih..kih..kih..

Mmg dah lama niat nk try blogspot. Mlm ni baru le tergerak nk reg blogspot. Giler payah nak pk url blog, manjang taken. Adoiyaiii.. Aku ada 2 level lagi nak fedap.. nasib baik sempat. ekekeke.. So, aku decide guna nama cikhasta setelah hampir fedap utk memilih url utk blog sendrik. Tu yg susah kalau banyak sangat pilihan. kan? yg penting ada cik kat depan tu.. rasa le mcm awet mude slalu. huhuhuh.. padahal nk kaver dah umor mcm ni pun x kawen lagi... koh koh koh.

So, skang dah pakai blogspot.. sangatlah aku tidak tahu apa2 (baca:naif) nak buat camner. Kena tanya member nampaknya..

Wish me luck.. semoga aku rajin nak update slaloooo... (^-^)