Saturday, February 21, 2009

..mengecheck

Pakaian utk 2 hari 1 malam ..checked!
Toiletries ..checked!
Seset utk penjagaan muka ..checked!
Cawan plastik, sudu, pisau, chopping board, pencuci pinggan, tupperware, teh, gula ..checked!
Camera besau ..checked!
Camera kecik ..checked!
Sunglasses ..checked!
Baju mandi manda ..checked!
Sunblock ..checked!
Goggle ..checked!
bla..bla..bla..dan bla..bla..bla lagi.. semua dah checked!

** esok aku nk g PD, holiday bersama opismate (kira aku, ada 4 org). Yieehaaa !

Wednesday, February 18, 2009

..sy dicelah maskot

Skang sana sini org bercerita pasal Filem Geng. Aku dah tgk Ahad lepas kat MV. Panggung yg besar tu, penuh okeh! Masa tgh aku dok berlegar sementara tunggu akak aku amik tiket kat kiosk & sorang anak buah aku dok beli popcorn..aku ternampak 2 benda bulat kilat yg bergerak2 dan dikerumi manusia seperti semut hurung gula.


Aku panjangkan tengkuk, aik.. macam kenal. Aku g dekat sket (ramai sgt manusia woooo), lorrr.. maskot upin&ipin rupanya.. aku pun apa lagi, beria ajak lagi sorang anak buah aku n on camera amik gambar aku. ekekeke.. nampak x mcm aku yg lebih beria kat sini? huhuhuh...


Biasanya aku kalau berjalan2, aku bawak camera dlm handbag.. hari tu boleh pulak aku x bawah.. aduh! sungguh ralat rasanya.


Tapiii.. punyalah ramai org nk amik gambau ngan maskot U&I tuh, biasa le.. tgh hot. AKu pun sama sibuk, tapi x boleh amik gambar bebetul.. sbb ada je muka2 org lain.. dan mesti le aku muka aku gak kat gambar org lain tuh. koh..koh..koh..


Sedang aku membelek blog http://gengmovie.blogspot.com/, dlm bebanyak gambar yg diorang upload, ada 1 gambar tu aku nampak ada kelibat yg aku kenal sangat dicelah maskot berdua itu. Korang nampak wanita ayu (nampak 20% pun boleh kata ayu ke? ekekkek) yg memakai tudung oren, baju oren+hitam, jeans hitam & berslipar jepun kat celah mereka berdua tuh? Itu adalah AKU!! ekekeke.. aku sgt kiciwa, x nampak muka. Maka aku xdpt nak menompang glemer Upin&Ipin. Saya gembira dalam sedih..




Saturday, February 14, 2009

..buku kire-kire

ekonomi tgh meleset nih.. aku bukan main sibuk nak makan luar hehari. Asal nak ptg je, mula le tekak ni nak makan itu lah.. tekak nak makan ini lah. Adoii.. padahal last month punya gaji dah le kuar 16hb. Ni tgh jenuh nak tunggu 26hb pulak. Huhuhuh.. bukan bab sakan makan jek, siap sakan membeli belah lagi tuh. pehhhh...
so, dengan azam penuh membara di dada.. aku nak start balik ada buku kire2 (dulu2 penah buat, pastu terkandas mcm tu je sbb slalu terlupa nk bawak buku tu bila bertukar handbag). So, dpt je gaji 26hb ni, maka bermula lah episod segala perbelanjaanku akan dicatit every single cent.
Wish me luck!

Thursday, February 12, 2009

..bila

Bila Allah cepat makbulkan doamu...
Maka Dia menyayangimu...
.
Bila Allah lambat makbulkan doamu...
Maka Dia ingin mengujimu...
.
Bila Allah tidak makbulkan doamu...
Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu...
.
Oleh itu...
.
Sentiasalah bersangka baik pada Allah...
Dalam apa jua keadaan sekali pun...
Kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya...
.
.
Notakaki: Aku copypaste ayat yg bagus ni from one of the emails dlm inbox aku.. saje je nak letak kat blog. Sbb tetiba aku rasa down plak secara mendadak mlm ni.. hurmmmm...

Wednesday, February 11, 2009

..malas




Makin nak dekat abis, aku semakin malas.. adoiyaiii..

Oh semangat study.. datanglah ko merasuk badan ku.. ekekeke..

Semoga aku boleh study dan menyiapkan esaimen ngan hati yg riang gumbira.
.
.
**maybe sbb excited nak grad kot.. huhuhuh...

Monday, February 9, 2009

..owh, m2u

Tadi bila tetiba aku nak login to maybank2u, tekan enter..

You have reached the maximum number of password attempts. For security reasons, your Maybank2u.com account has been blocked. For assistance, please contact Maybank Group Customer Care at 1-300-88-6688 or 603-7844 3696 (overseas)

Aik?! baru skali aku tekan enter, dah kuar benda alah tu? pelik. takpe.. aku cuba lagi. still error yg sama. Cuba lagi skali, kompom x leh gak. huh! Adusss.. aku lom amnesia lagi le..aku ingat lagi le password m2u aku. Aku dah start pk memcm ni, sapa plak yg try nak masuk m2u aku nih? hmmm... risau..risau...
Aku call le customer care tu, pehh.. as usual, punyalah lama nk tunggu sampai dilayan. Nasib baik call pakai phone opis (ops!). Last² dpt gak bercakap ngan executivenya, dia kata "dun worry (sungguhlah menyedapkan hati kununnya).. sy akan reset password m2u, kena pegi atm.. set balik pin and bla bla.. pastu masuk m2u balik login 1st time bla bla bla dan bla bla lagik" (dialog dipasarkan, letih type ayat skema).
Menciknyaaaa... leceh dan membanyakkan keje aku. Dah le tertangguh nak transfer duit ke akaun member forum sorang nih. Nampaknya mmg kena singgah ke maybank jugak, boleh le transfer skali duit Sr* Inta* tu. Kang lelambat, cancel plak booking kami..

Thursday, February 5, 2009

..hehehe

Humor is the great thing, the saving thing. The minute it crops up, all our irritation and resentments slip away, and a sunny spirit takes their place. -Mark Twain-

Bercerita pasal humor ni, mlm smlm aku g tgk Sifu&Tongga. G ngan member jln2 carik mkn. Memula mcm takot gak nk g tgk, sbb director dia kan..slalu buat citer yg welllll.. u know kan?. Tapi memikirkan hari rabu dan tiket murah, kira ok lah kan. Plus nak tgk sbb ada apek & nabil.


Gabungan apek&nabil sungguhlah menjadi.. aku beria-ia ketawa. lawak giler, especially scene dlm balai polis. Adoiyaiii. Kira mmg ilang le tension lepas tengok tuh. Dlm keter masa balik pun, bila teringat boleh sambung ketawa. kih..kih..

Pada aku, Sifu&Tongga lawak... xtau le pulak pada korang kan :)


Tuesday, February 3, 2009

..ke PD lagi

Geng (2 org je) kat opis ajak g PD. Aku setuju je. Aku x kesah pun ke PD lagi dan lagi. kih..kih.. Tgh carik lagi sorang utk genapkan percutian 4 org. Maybe stay kat Sr* Inta*. Lom call lagi, so xtau available ke tak ujung bulan ni. Kitorang pegi ahad & isnin, hopefully tak penuh le masa tuh. Esok baru nk call selepas dpt keputusan dari sorang lagi ni, sbb kena mintak permission parentsnya (stay ngan family.. biasa le, pompuan pulak tuh *wink*). Aku dah start pikir (biasa le aku, beria).. mana nak jenjalan kat PD tu nanti sesambil amik gambar & have fun. Kena buat list ni.. memandangkan percutian kami hanya 2 hari 1 mlm je.. so, sure jadual padat. PDDDDDDD.. tunggu kamiiii.. :D


Langit Senja @ PD

Monday, February 2, 2009

..blog jln2 carik makanan

Sebenarnya aku ada cita² nak buat blog jalan² carik makan versi cik hasta. Tapi bila tgk balik koleksi gambar² makanan yg bergelimpangan dlm folder aku, mcm x banyak sangat pulak. Pastu, mcm x lengkap sbb just amik certain² makanan je. Plus gambau kedai pun xde. huhuh.. Nanti org tanya apa nama kedai? aku jawab ntah le.. :P Tapi sebenarnya, mmg aku slalu x tgk pun nama kedai. Main makan je.. So, blog ni aku campur² le sket aktiviti makan², jalan² dan apa² je lah.. kira all in 1 blog. Aku tak rajin mcm org lain buat sampai 2,3 blog ikut kategori. huhuhuhuh... Yg 1 ni pun biasanya akan terkontang kanting. Well.. ekekeke.

Hari ni aku nk tepek gambar makanan masa aku g pekana ikan bakau di muara sg duyong, melaka. Yg klakarnya, gambau ikan bakar sekeping pun xde. Tau kenapa? sbb aku dah terlalu lapar.. tunggu ikan bakar lambat sket. So, bila tangan dah comot..dan mood makan menggebu-gebu, aku malas nak basuh tangan dan terus makan dengan jayanya. Maka, tiadalah gambau ikan bakau even aku makan di tpt ikan bakau. Yg ada gambau lauk sayur campur, pepahat masak cili, udang goreng & kicap cecah.

sayur campor

kicap cicah - superb

udang goreng biasa kot
pepahat/siput buluh masak cili

Plus ada terselit 3 gambar masa aku g makan kat kedai asam pedas, kat kota laksmana. Asam pedas ikan pari, ayam paprik & sambal belacan :)


asam pedas ikan pari

sambal belacan melaka


ayam paprik
.
.
Sekian, entri yg ada gambar makanan. slurrpppppp.. ekekeke..